Sharing : Anthropometry in Art N Design ; Satu waktu dulu saya diperkenalkan dengan anthropometry. Ianya adalah teknik mengukur fizikal manusia dimana (yang saya faham) melibatkan proportions. Nisbah yang ideal utk fizikal seorang manusia spt mata, hidung dan mulut yang sesuai dengan bentuk muka seseorang, panjang tangan kaki dan tengkuk yang “perfect” utk seseorang manusia. Dimana bila “anthropometry”nya betul, seseorang itu akan kelihatan cantik dan bila tak betul, org itu akan nampak pellik (kepala besar <> muka kecik, badan tinggi <> tengkuk pendek dsbg). Kemudian, antropometry ini menjadi sesuatu yang penting dalam architecture dan produk design seperti kesesuaian saiz pintu, saiz tingkap, ketinggian tingkap dan siling, saiz kerusi, saiz meja, kereta, basikal, bot dan bermacam2 lagi. Apa yang saya faham, apabila sesuatu benda dicipta untuk manusia, anthropometry adalah sesuatu yang amat dititikberatkan. Jadi, dalam photography juga apa salahnya kita mengaplikasikan teori anthropometry ini dimana kita jaga composition kita dengan mengabil berat mengenai saiz, distortion, proportion, subject placement dan pelbagai lagi. Saya tak pasti samada rakan2 faham apa yang cuba sampaikan tapi secara mudahnya apa yang penting adalah proportion (nisbah) dan weight (berat) yang diagihkan dan disusun dengan baik didalam sebuah komposisi / design supaya hasil karya kita akan nampak hidup dan lebih berkesan. Saya harap rakan2 jangan terlalu fokus dengan “photography” sahaja, tetapi belajar ttg teknik2 dan rule lukisan (banyak persamaan dgn photography) dan juga “Visual Communication”.. Ini adalah rahsia pemahaman saya mengenai karya seni.. Saya harap kawan2 semua mempunyai pemahaman yang baik mengenai seni tampak yang tiada batasan ini.. Supaya kita tidak menghasilkan karya secara membuta tuli tetapi dengan knowledge dan pemahaman. -WanTai-
Comments
Powered by Facebook Comments