Ramai orang dah mula bertanyakan gambar2 pernikahan Maya dengan Tengku.. Seperti client2 lain, set gambar Maya harus ikut que yang sedia ada.. Namun untuk tontonan umum saya upload juga beberapa gambar2 Maya yang berlangsung pada Jumaat tempohari..
Ini merupakan celebrity wedding kedua yang kami cover..
Dimulakan dengan make up session oleh jurusolek tersohor Nurul Shukor di hotel Flamingo Ampang. Seronok masa ni sebab dapat berjumpa dengan rakan2 artis Maya seperti Nadia dan Haiza yang cukup sporting dan happening.. Saya asyik tergelak tersenyum je masa ambil gambar make up ni.. Kelakar2 statemente yang keluar masa tu.. Sampai kami pun diorang bomb sekali.. Shafeeq jadi mangsa haritu sebab bila dia masuk je bilik make up tu semua orang tengok dia and ada yang cakap “Hensemnyeeeeeee~”.. Kembang la shafeeq masa tu sebab artis2 yang cakap macam tu.. Hahaha.. Saham naik la tuuu..
Lepas habis make up, kami ramai2 convoy dari flamingo menuju ke Masjid Darul Ehsan di Taman TAR..
Nanti saya akan cerita lagi tentang pengalaman shoot celebrity ni di masjid pulak (agak mencabar jugak)..
For now, enjoy our part 1 of Maya’s and YM Tengku Shahreza’s Solemnization..
Bila dah ada gambar nikah, kita mesti la nak sambung dengan gambar2 reception pulak kan?
Okay previous entry saya dah masukkan gambar2 pernikahan Maz dan Ariff.. So kali ni saya nak showcasekan gambar2 reception pulak..
Reception Maz telah dilangsungkan di Dewan Mawar Johor Bahru.. Best reception Maz ni.. Lighting condition yang mencabar memberikan saya keseronokkan untuk mengabadikan moment2 yang ada dengan sebaik mungkin..
Challenges and obstacles merupakan sesuatu yang memberikan kepuasan yang sangat tinggi dalam wedding photography..
Wedding tidak seperti mengambil gambar studio dimana kita boleh dapatkan lighting dan ambience yang tepat setiap masa.. Mengambil gambar wedding secara photojournalism tidak memberikan ruang untuk mendapatkan lighting dan ambience secara konsisten.. Setiap hall dan rumah mempunyai ciri2 yang amat berbeza dan keadaan pencahayaan yang kadangkala cantik dan selalunya amat mencabar.. Lebih2 lagi bila ia melibatkan high ceiling halls..
Di sini tools yang ada memainkan peranan yang termat penting.. Mengapa kami harus melaburkan duit sehingga puluhan ribu ringgit hanya untuk membeli equipment kamera sedangkan kami hanya memberikan khidmat fotografi perkahwinan? Jawapannya adalah untuk menghadapi cabaran2 seperti di atas..
Tahukan anda bahawa setiap kali saya cover sesuatu event, saya membawa equipment yang tidak kurang nilainya dari RM18,000? Untuk apa investment yang sebegitu tinggi atas peralatan kecil dan hanya untuk mengambil gambar perkahwinan?
Perkahwinan satu pasangan hanyalah sekali dalam seumur hidup.. Sebagai pasangan yang sudah berkahwin, kami tahu nilai sebenar gambar2 perkahwinan.. Ianya bukan sekadar untuk mengabadikan kenangan pada hari perkahwinan.. Ianya adalah satu peringatan tentang tujuan kita berkahwin iaitu “to be happy”..
To be sincere, saya masih lagi sehingga kini membelek album perkahwinan kami.. Setiap kali saya menatap gambar hari perkahwinan kami, perasaan cinta/sayang/rindu/muda remaja/dsb datang kembali kedalam diri.. Melihat espression candid kami ketika berada di atas pelamin, ketika suap munyuap satu sama lain dengan penuh keceriaan mengingatkan saya kembali kepada tujuan asal saya berkahwin dengan Yanty.. CINTA..
Menyedari sebab “kenapa?” saya berkahwin pada asalnya telah memberi saya satu leverage apabila saya menekan shutter camera saya.. Ada 2 perkara penting yang harus di cari oleh setiap jurugambar shutterbugz untuk setiap assignment dan salah satunya adalah CINTA.. Adalah wajib untuk setiap jurugambar shutterbugz mendapatkan gambar2 yang mempunyai sifat CINTA.. Bagaimanakah gambar2 yang mempunyai nilai CINTA itu? Buat masa ini biarlah ianya menjadi satu secret ingredient jurugambar Shutterbugz dan saya akan berkongsi resipi ini dengan student2 saya..
So to sum things up.. I would like to tell people that we dont just “simply” shoot candids.. We shoot LOVE.. We shoot emotions.. We shoot espressions.. We shoot JOY!!!
Afterall, a wedding is all about LOVE a.k.a CINTA..
Tips untuk photographers : Eyes do not lie..
Okay all.. Thank you for reading.. Feast your eyes on our (mine and Yanty’s) best shots..
Musim kahwin dah surut dahhh.. Lepas ni dah takde berhempas pulas shooting.. Lepas ni berhempas pulas menyiapkan album.. Banyaknyeee.. Hahahha.. Masak le jawabnye lepas ni..
Actually saya tak boleh nak membebel banyak harini kerana esok pagi saya dah nak bertolak ke KL untuk Pameran Pengantin di Ampang Point..
So saya mengubat rindu saya kepada blog ini dengan gambar2 terbaru saya..
Saya juga nak mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Maz N Ariff kerana cukup sporting dan boleh tahan dengan karenah saya n Yanty.. Kena buli je Maz N Ariff ni.. Jangan marah ye Maz N Ariff..
Persenting to all.. The solemnization of Maz & Ariff by WanTai & Yanty..