Alhamdulillah

May 17, 2009

3483526153_3a89f4450a_o

Alhamdulillah.. Tuhan yang maha kaya yang maha menentukan segala dan berkuasa ke atas segala rezeki di dunia dan akhirat..

Aku bersyukur.. Teramat bersyukur kepadanya..

Setelah masuk 3 tahun bergiat dalam bidang ini, saya dah melalui begitu banyak pengalaman pahit dan manis.. Jatuh dan bangun.. Gembira dan sedih.. Driven dan de-motivated.. Banyak betul ups n downs nya..

Bulan lepas merupakan satu bulan yang amat hampeh selama saya bergiat secara professional ini.. Designer a.k.a photographer harapan telah menghampakan saya sehingga ke tahap tertonggeng.. kekeke.. Setelah saya bagi training, support, peluang dan sebagainya, apa yang saya dapat cuma kekecewaan.. Reputasi yang dibina dengan begitu payah hancur luluh sebegitu sahaja..

Mana tak nya.. Album2 yang harus disiapkan tidak disiapkan SAMA SEKALI.. ZERO OUTPUT.. Gambar2 yang diambil hancur.. Kenapa gambar hancur? Kerana otak tidak fokus pada tanggungjawab.. Otak hanya mahu berfikir kearah keseronokkan.. Tatkala sedang shoot wedding, dalam kepala beliau (agaknya) hanya berfikir “Ishhhh.. Lambatnya event ni nak habis.. Cepat la sikit habis.. Aku nak pergi jumpa awek ni.. Rugi la aku jalan jauh2 camni tapi tak dapat jumpa cek mek..” sambil tekan shutter dengan malasnya..

SHALLOW!!! Itu yang diskripsi yang paling sesuai boleh saya berikan.. Shallow merangkumi pelbagai tafsiran negatif antaranya seperti berfikiran sempit, syok sendiri dan juga TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.. As a photographer, memang tanggungjawab kita untuk sentiasa berikan 200% ketika tugasan wedding (malah apa2 event jua).. Wedding bukan satu event yang boleh diulang.. Ianya hanya sekali.. Akad nikah sekali, berarak sekali, bersanding sekali, bla bla blaaa.. We do not have the rights at all untuk rosakkan majlis client lebih2 lagi apabila kita diberi tugasan.. Kami di Shutterbugz percaya bahawa client memberi KEPERCAYAAN kepada kami untuk mengabadikan moment2 mereka adalah satu PENGHORMATAN dan bukan sekadar income.. Oleh kerana penghormatan yang diberikan itu, kami dengan berbesar hati akan menjalankan tugas pada kadar 200%.. All out and more.. Sekiranya ada jurugambar yang beranggapan bahawa jadi jurugambar perkahwinan hanyalah untuk mendapat side income dan menjadi kaya cepat, please get out of my face.. We are in a different path.. And to my ex-staff, I hope you understand why you’ve been kicked out.. Yes, I am harsh when it comes to reputation.. It is not easy to build one and you think you can take it away from me and get away with it? I am more than happy to let you go.. (sorry kepada readers.. Saya betul2 marah dengan dia ni.. and entry ni asalnya nak cerita pendek dah jadi panjang lebar.. hehe..) Anyways, gambar2 event client tu selamat juga kerana ada backup photographer yang ikut sekali masa tu.. Nasib baikkkk..

TAPI, setelah saya berjaya menapis semua aura2 negatif ini, saya telah diberikan Allah cahaya baru yang lebih bersinar..

Saya telah mendapat seorang designer baru yang sangat bagus.. Beliau masih lagi dalam training, tapi beliau faham konsep Honor dan Responsibility.. Walaupun editing beliau masih lagi slow, tapi beliau dengan gigih mempelajari segala selok belok photoshop dan amat teliti.. Ketelitian beliau sudahpun diterapkan didalam diri beliau sendiri even sebelum saya buat SOP (Standard Operating Procedure) yang strict.. InsyaAllah beliau tidak akan mempunyai masalah dengan SOP kami.. Fitri, keep it up!!!

Kemudian, seorang jurugambar baru juga telah muncul out of nowhere dan email kami dengan hasrat untuk menjadi junior kami.. Ujian pertama beliau telah PASS with B+.. (To Azizi : Yes.. Nikah haritu was a test for you..).. I gave him few more assignments and the feedback I received from clients was good.. Alhamdulillah, Azizi setuju untuk sign contract dengan Shutterbugz Studio.. Kini Shafeeq sudah mempunyai seorang “Sparring Partner”.. All four of them (Fitri, Joe, Shafeeq and Azizi) are great people and we are all are like one family.. We love and respect each other.. Yeap.. I love my staffs.. They are the best!!! (saya still boss korang.. so jangan perasan nak main gelak2 tepuk2 sukahati aaaa.. :) ) )

Apart from our internal issues, kami juga telah dapat pelbagai peluang perniagaan lagi yang lebih besar insyaAllah.. Dan semuanya masih lagi melibatkan photography.. We are here to stay insyaAllah..

Tambah lagi… Sifoo kami (Saiful Nang) dengan kerasnya push saya untuk menerajui Shutterbugz Studio ke new and further direction.. He opened my eyes and motivates me to reach out and shoot for the stars.. He guided me and showed me the way to be successful in photography.. I would like to thank him a Zillion kerana telah support kami and brought us to this height.. We are forever grateful and only Allah knows how we appreciate the things that you have taught us.. Thank you for all the opportunity and thank you for your guidance all these years..

All the gifts given to me are from Allah.. I am forever grateful to Allah..
ALHAMDULILLAH..

To all our clients, our fans and our stalkers (hehe..).. We have reset(ed) our ECU and cleared our RAM (memory).. We are going forward stronger than ever.. Please pray for our success and please keep on giving us your support.. We are nothing without you guys..

Rajin2 la promote kami ni k.. hehehe..

Till then.. Bye all~

Comments

Powered by Facebook Comments

  1. hafiz posted the following on 17/05/2009 at 3:22 pm.

    keep it up…
    p/s: fit kuat ranjit hahaha


Leave a reply

info Gallery