How do we charge our clients?

September 4, 2009

3883190517_9907ba867b_o

Ramai yang tidak tahu bagaimana kami meletakkan harga pakej kami.. Ada yang menganggap bahawa kami pakai hantam je letak harga suka2 hati.. Tapi sebenarnya tidak..

Banyak perkara yang pelu dipertimbangkan untuk menetapkan sesebuah pakej..

Antaranya adalah upah jurugambar (photographer’s fee), cost album dan lain2 produk, overhead seperti sewa kedai, internet, current, phone, kereta (yes.. kereta perlu dimasukkan juga sebab kita tak pergi ke wedding assignment naik basikal kan?), equipment depreciation, marketing cost dan baaaaaaaaaaaaaaaanyak lagi..

Setelah anda membuat pengiraan ini, baru anda boleh lihat samada anda sebenarnya dalam keuntungan ataupun running on deficit..

Ramai photographer berkata, “aku charge harga ni kira ok laa.. ada la untuk RM200-RM300.. Kalau sebulan ada 4 job dah dapat seribu lebih dah..” YES.. betul.. itu yang saya sangka pada mulanya.. sikit2 lama2 jadi bukit.. Sekali flash rosak, habis untung kerja sebulan tu.. Flash bukan murah bang.. 430EX pun dah RM1200.. Belum 580ex II lagi.. SB-900 lagi.. Lepas tu nak upgrade lens lagi.. Pro-lenses yang paaaaaaaaaaaling hampeh pun dah nak cecah RM3k.. Kalau duit untung seribu lebih tu digunakan untuk bayar benda2 lain, bila nak dapat beli pro grade lenses? sampai bila nak tipu diri sendiri dengan mengatakan “its not the camera but its the man behind it?”.. Yes true jugak.. Kalau nak ambil gambar landscape ke, interior ke, food and small products ke.. Memang la boleh guna kit lens 18-55mm.. Siap chun melechun lagi.. Tapi bila dapat assignment dalam hall dengan high ceiling dah mula menggelabah.. sebab lens tak cukup fast.. haaa.. nasib sendiri lah kan? show me how the man behind the entry level camera n lenses nak handle benda tu and still comes out with great results..

Another example, masa saya mula2 buat wedding photography bisnes ni, saya charge harga yang agak rendah.. Masa tu harga pakej kami cuma RM1600 untuk 2 session, satu custom, satu sticky, softcopy dan frame.. Job masa tu memang banyak.. Seronok rasanya tengok duit masuk.. Tapi duit keluar pun boleh tahan jugak.. So, masa hujung tahun tu kami buat account closing dan masa tu baru lah kami terkejut beruk tengok the actual figure of our profit..

Selepas setahun berhempas pulas, bertungkus lumus shoot wedding dan buat album, keuntungan yang tinggal cuma RM2,600 sahaja..

So, amat penting untuk setiap jurugambar membuat costing.. A proper costing to be exact.. Bukan pakai hantam je.. Kira betul2 berapa cost kita, kemudian kita set target dan determine berapa banyak job kita perlukan setahun.. Bila dah nampak hala tuju macam tu baru kita boleh dapatkan pro-forma dan kita boleh buat proper planning untuk masa depan.. Kita boleh tahu bila masa yang sesuai untuk beli camera baru, beli lens baru, beli powermac, beli macbook pro.. dan macam2 lagi..

The point is, semuanya bermula as simple as get your package right.. Do the costing and plan for profit.. Profit bukan hanya untuk poket sendiri sahaja, but kembalikan semula kepada client2 dengan memberikan mereka gambar2 yang cantik dan menarik.. Gambar2 yang diambil dengan bukaan f/1.2.. kekekeke.. Stop dreaming and start calculating..

Join this cheap seminar for a brighter future guys.. Make the move!!!

  1. Rosli posted the following on 12/01/2010 at 8:44 pm.

    thanks bro.. info yg amat berguna ni. aku setuju sangat dengan artikel ni..

  2. admin posted the following on 12/01/2010 at 9:38 pm.

    Thanx Rosli kerana sudi tinggalkan komen.. Photographer2 perlu treat industri as a serious thing.. Jangan jadikan industri wedding photography ni as “Perniagaan Budak²”.. Kaum Cina ramai dah maju dalam bidang ni.. Studio Bridal kaum Cina selalunya besar2 dan mewah.. Kita pun harus setaraf dengan mereka malah lebih jauh lagi walaupun kita ni kiranya new player dalam industri ni..

  3. Rina posted the following on 16/04/2010 at 9:47 am.

    hi saiful, i read your opinion on how you make the charges which i think its true and relevant.
    Apa pendapat you mengenai sesetengah photographer yang agak professional juga hasil kerjanya tapi letak harga rendah terutama dizaman ekonomi kita sekarang, dengan harga barang yang semakin naik dan i rasa begitu tidak sesuai hasil kerja dengan upah yang diterima?
    Justeru itu pelanggan mengambil kesempatan dengan meminta discount dan harga upah yang semakin mengarut.
    Bagaimana kita nak upgrade kan tahap photography orang2 Melayu?
    Upah cukup makan. Kemudian merungut dibelakang mengatakan photographer tak boleh cari makan.
    Performance dah ada tapi harga terlalu murah. setengahnya camera pun pinjam orang!
    I like to see our photographers (malay photographers) dare to take up challenges. Compete the price and quality of the photos.
    Create win-win situation with customers.
    Customer puas hati, kita pun dapat profit.
    From my observation, you are master in candid and most of your photos are truly fantastic!
    All the best and victory in your photography career in a future ahead and lets compete healthily with chinese photographer as well.

    Rina/


Leave a reply